Murtad di Malaysia.

Murtad adalah antara isu paling sensitif dikalangan umat Islam. Kini murtad seakan satu kebiasaan di Malaysia yang menggariskan dengan jelas bahawa kaum Melayu yang merupakan kaum majority di Malaysia adalah Islam. Menurut perlembagaan Persekutuan Malaysia jika Melayu maka anda Islam. Tetapi jika Islam tidak semestinya Melayu.

Tapi fakta yang satu ini sering diputar belit, kononya jika Melayu itu Islam, maka Islam itu Melayu. Kalau masuk Islam maksudnya masuk Melayu. Geli hati saya. Kaum bukan pilihan. bukan seperti agama. Agama boleh dipilih tetapi kaum tidak, jika anda lahir sebagai Melayu maka Melayu-lah anda sampai bila-bila. Kerana itulah semangat kebangsaan itu amat penting. Ia adalah jati diri dan nilai yang terpakai dan dibawa oleh satu-satu individu itu.

Oleh kerana klausa yang satu ini Malaysia sering dilihat sebagai tidak bebas kerana memaksa rakyat Melayunya untuk hanya beragama Islam. Jika tidak anda akan tersingkir dari kaum Melayu sekali gus kehilangan status kaum majoriti dan Bumiputera.

Jika dilihat pada ketika klausa ini digubal, pegangan pada ketika itu amat jelas. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Atas dasar inilah klausa ini digubal. Ia demi menjaga kesatuan bangsa Melayu. Kerana Melayu itu terbahagi kepada banyak negara yang kini dipanggil negeri kerana Persekutuan Malaysia adalah negara kini. Kenapa begitu kerana setiap negeri mempunyai kerajaannya yang tersendiri. Maka kesetiaan terhadap negeri dan raja sendiri sangat tebal. Oleh itu persamaan yang ada ketika itu ialah seluruh umat Melayu dinegeri-negeri Melayu itu beragama Islam. Atas kekuatan yang satu inilah klausa -Melayu itu Islam- terbit.

Malangnya hari ini semangat itu bukan saja dijaja dangkal oleh masyarakat bukan Islam Malaysia (padahal mereka tiada kena mengena dalam urusan ini). Sekarang masyarakat Melayu yang hilang pegangan agama juga sibuk memohon supaya dibenarkan murtad atas alasan hak asasi manusia, dan klausa ini dilihat sangat diktator. Tidak kurang juga ahli agama yang meminta kalusa ini digugurkan atas alasan buat apa ramai yang Islam jika pegangannya dan kepercayaannya tidak lagi pada Islam.

Hujah yang mana pun kelihatan-nya benar. Kelihatannya kluasa ini amat jahat.

Tapi sejujurnya saya amat percaya klausa ini berniat baik. seperti yang saya katakan di atas tujuan asalnya ialah untuk kesatuan kaum Melayu itu sendiri. Jika ingin menyandarkan kesalahan atau mencari kambing hitam janganlah hingga perkara yang baik juga diburuk-burukkan.

Kerana sepatutnya ahli agama berusaha untuk memulih akidah bangsa bukan mencari jalan keluar mudah. Konon jika sudah tidak mahu Islam biar saja mereka murtad. Padahal murtad itu hukumnya amat berat dalam Islam. sanggupkah kita membiarkan saudara kita menanggung padahnya nanti. Dan adalah kita yang masih berpegang pada agama Islam ini menyangka diri kita bersih suci walhal kita membiarkan sahaja saudara kita  murtad tanpa berusaha menyelamatkan mereka?

Kesudahannya ia tetap bukan salah mana-mana kalusa dalam undang-undang atau pun perlembagaan, tapi ia salah kita.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: