Lelaki dan sembahyang Jumaat

mungkin ramai yang tidak suka jika baca post ini, terutama yang lelaki. Post ini adalah tentang ibadah wajib ke atas mereka iaitu sembahyang Jumaat. Pernah sekali seorang rakan bukan Islam dan bukan Melayu bertanya pada saya, kenapa harus Jumaat harus ke masjid? 'Sembahyang Jumaat'. Jawab saya pendek. 'Kau tak pergi?' 'Lelaki sahaja'. Sengaja saya jawab pendek-pendek. Bagi saya pengetahuan tentang agama berbeza cukup sekadar tahu demi membina perasaan hormat-menghormati antara individu dan tidak lebih dari itu. 'Tapi ramai yang tak pergi pun'. sinis saja pada pendengaran saya. Jadi saya bingkas dan tinggalkan saja teman itu. Melebih sungguh!

Tapi hari ini saya mula berfikir benar juga cakap rakan bukan Islam sewaktu di kampus dulu. Tadi saya berjalan hingga ke CM seorang diri mencari makanan yang manis. Tak tahu kenapa teringin benar, sambil-sambil mencari cat minyak. kali terakhir saya bercatan ketika di universiti. Konon mahu bercatan lagi, tapi harga cat minyak amat mahal di CM, nampaknya saya kena cari dilain.

Sepanjang saya berjalan balik ke pejabat dari CM saya dengar khutbah di Masjid Jamek Kuala Lumpur, tentang bunuh-membunuh di dalam kawasan masjid dan surau, entah kurang periksa apa tajuk khutbah hari ini. Tapi yang saya kesalkan begitu ramai lagi yang masih belom ke masjid. Malah ramai yang masih dikedai makan, ada yang berjalan lenggang kangkong ke masjid kerana kononnya sembahyang belum bermula lagi. Betul khutbah dalam sembahyang jumaat bukannya wajib, tetapi ia dituntut.

Jika difikir-fikir balik agama adalah tentang komitmen dan setiap yang diarahkan oleh Allah adalah untuk menguji umatnya. Hari Jumaat diangkat dengan adanya sembahyang Jumaat. Tetapi bila ia tidak dilaksanakan dengan sepenuh hati......

Itu belum lagi yang tidak pergi sembahyang Jumaat. Pernah sekali saya membawa diri ke Taman Tasik Titiwangsa pada hari jumaat. Di sana ramai orang-orang lelaki yang berlonggok makan dan minum dengan tanpa perasaan malu. Bila saya renung mereka, mereka buat tidak tahu sahaja, seolah-olah tiada kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Saya tidak pernah berjumpa sekumpulan manusia yang sungguh tidak bermaruah seperti itu.

Mereka bukan sekadar menghina diri sendiri malah mereka menghina agama Islam lebih besar mereka menghina perintah Allah yang ditetapkan ke atas mereka. Manusiakah mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: